Monday 28 May 2012



AGROFARM KITA ENTERPRISE

Alamat:
Lot 3433, Kampung Melayu Subang,
40150 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan

Tel : 
019-3474267 (En. Mohd Shahrizan)
010-2716027 (En. Mustafa)



Saturday 26 May 2012

Kenali Cendawan Tiram

Pleurotus ostreatus yang juga dikenali orang ramai sebagai cendawan tiram atau cendawan tiram pokok merupakan salah satu kulat yang boleh dimakan dan kebanyakannya ditanam di Asia sejak dahulu kala dan kini ia ditanam secara komersial di seluruh dunia sebagai makanan. Cendawan ini mempunyai persamaan dengan kulat Pleurotus eryngii. Cendawan tiram juga digunakan dalam industri bagi tujuan mycoremediation. Cendawan tiram sering digunakan dalam masakan China dan Jepun sebagai makanan istimewa dan sedap dimakan bersama kicap.





Nama Pleurotus ostreatus berasal dari bahasa Latin. Perkataan pleurotus merujuk kepada pertumbuhan sisi batang pokok manakala ostreatus merujuk kepada bentuk pileus. Sesetengah orang mempercayai nama tersebut dipetik daripada sejenis kerang-kerangan iaitu tiram (oyster) kerana perisanya yang agak sama.
Pleurotus ostreatus juga dikenali sebagai píng gū (平菇) di negara China yang bermaksud "cendawan datar". Cendawan ini juga mempunyai bau seperti pokok jintan manis kerana kehadiran sejenis kimia iaitu benzaldehid.

Cendawan tiram banyak didapati dalam hutan beriklim hawa sederhana dan subtropika di seluruh dunia. Cendawan ini merupakan sejenis saprofit yang bertindak sebagai pengurai utama kayu.

Monday 21 May 2012

Kit Asas Penjagaan Cendawan Di Rumah

APA?????? KIT ASAS PENJAGAAN CENDAWAN DI RUMAH DI PASARAN!!!!!

Anda seorang 
kakitangan kerajaan? pekerja swasta? graduan? penganggur? pesara?suri rumah sepenuh masa? pelajarkanak-kanak?

Ada terfikir hendak buat sesuatu yang berfaedah atau hobi yang sekaligus mendatangkan pendapatan sampingan???????

KAMI INGIN KONGSIKAN IDEA YANG MENARIK DAN PASTINYA DAPAT BERSAMA-SAMA ANDA MENJAYAKAN IMPIAN TERSEBUT....BAGAIMANA???

Kami menawarkan kepada anda yang berminat khususnya dalam bidang perusahaan organik sayuran untuk memulakan langkah awal dalam mengenali penjagaan cendawan khasnya cendawan Tiram kelabu yang kini hangat di pasaran...HARAPAN kami agar anda yang berminat dapat manfaat yang berguna antaranya:

·        1. Pengenalan asas tentang cendawan Tiram kelabu dan lain-lain.
·        2. Pengenalan asas tentang penjagaan cendawan di rumah.
·        3. Aktiviti atau hobi yang dapat memupuk perasaan ingin bertani, mesra alam dan utamakan sayur organik.
·        4. Mengetahui sendiri potensi perusahaan cendawan dalam meningkatkan ekonomi keluarga.

Oleh itu kami menawarkan  KIT ASAS PENJAGAAN CENDAWAN DI RUMAH yang terkandung bersamanya:

   1) 10 bongkah cendawan matang
   2) Nota ringkas -Tips asas penjagaan cendawan di rumah
   3) Nasihat dan bimbingan asas dari AGROFARM KITA ENTERPRISE


                   
Harga promosi : RM25 SAHAJA  (TIDAK TERMASUK HARGA POS)


#Cara pembayaran melalui akaun syarikat atau wang pos DAN boleh Menghubungi AGROFARM KITA di Talian 037831961 atau email kepada agrofarmkita@gmail.com untuk sebarang tempahan dan pertanyaan (EN. SHAH& EN. MUS)


 TETAPI.....Bagi yang lebih berminat untuk bersungguh-sungguh dalam perusahaan cendawan ini boleh dapatkan buku siri usahawan dari mentor en. Zulkifli Ariff (CENDAWAN PUCHONG) melalui tempahan terus dari pihak kami atau beliau sendiri..


Terima kasih dan sama-sama martabatkan industri cendawan....


 -Pengusaha Micro Cendawan-
 AGROFARM  KITA ENTERPRISE

Jelmaan Semula..

Salam Semua..

Agro Farm Kita berwajah baru, kalo sebelum ini kami menggunakan nama Agro Farm Cendawan Kita kini kami bertukar wajah. Bukanlah atas sebab ade pembaharuan apa-apa pun, cuma blog yang lama tu dah error sebab godek terlebih so terpaksa lah di tutup dan buka yang baru..Biasa lah Agro Farm Kita pun budak baru balajar dalam dunia maya ni..bak kata pepatah..:

Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
kami budak baru belajar,
kalau salah tolong tunjukkan

harapannye sahabat-sahabat semua dapat memberi tunjuk ajar dan galakkan pada Blog Agro Farm Kita..