Saturday 26 May 2012

Kenali Cendawan Tiram

Pleurotus ostreatus yang juga dikenali orang ramai sebagai cendawan tiram atau cendawan tiram pokok merupakan salah satu kulat yang boleh dimakan dan kebanyakannya ditanam di Asia sejak dahulu kala dan kini ia ditanam secara komersial di seluruh dunia sebagai makanan. Cendawan ini mempunyai persamaan dengan kulat Pleurotus eryngii. Cendawan tiram juga digunakan dalam industri bagi tujuan mycoremediation. Cendawan tiram sering digunakan dalam masakan China dan Jepun sebagai makanan istimewa dan sedap dimakan bersama kicap.





Nama Pleurotus ostreatus berasal dari bahasa Latin. Perkataan pleurotus merujuk kepada pertumbuhan sisi batang pokok manakala ostreatus merujuk kepada bentuk pileus. Sesetengah orang mempercayai nama tersebut dipetik daripada sejenis kerang-kerangan iaitu tiram (oyster) kerana perisanya yang agak sama.
Pleurotus ostreatus juga dikenali sebagai píng gū (平菇) di negara China yang bermaksud "cendawan datar". Cendawan ini juga mempunyai bau seperti pokok jintan manis kerana kehadiran sejenis kimia iaitu benzaldehid.

Cendawan tiram banyak didapati dalam hutan beriklim hawa sederhana dan subtropika di seluruh dunia. Cendawan ini merupakan sejenis saprofit yang bertindak sebagai pengurai utama kayu.

No comments:

Post a Comment